America's Next Top Model, Musim 10
America's Next Top Model, Musim 10

America's Next Top Model, Musim 10

America's Next Top Model, Musim 10 adalah merupakan musim kesepuluh America's Next Top Model dan merupakan musim keempat daripada rancangan tersebut yang disiarkan di stesen The CW. Slogan komersil untuk musim ini adalah "New Faces, New Attitude, New York."Destinasi antarabangsa untuk musim ini ialah Rome, Itali, yang juga menandakan buat kali pertama rancangan ini melawati destinasi antarabangsa yang telah dikunjungi pada musim yang lalu. Pemenang untuk musim ini, seperti tiga musim sebelum ini, akan menandatangani kontrak dengan agensi model terkemuka Elite Model Management, kontrak $100,000 bersama CoverGirl cosmetics, dan menjadi penghias muka hadapan kulit majalah serta liputan sebanyak enam muka surat di majalah Seventeen.Beberapa perubahan telah dilaksanakan pada musim ini. Rancangan ini telah dipindahkan semula ke New York City, New York setelah ditempatkan di Los Angeles, California semenjak Musim 4. Bilangan peserta juga ditambah menjadi 14, setelah dikekalkan seramai 13 orang semenjak Musim 5. Juga, barisan juri juga telah berubah, setelah dikekalkan semenjak Musim 5; Twiggy telah diganti oleh supermodel berbangsa Czech, Paulina Porizkova disebabkan jadual penyuntingan yang bercanggah.Pemenang untuk musim ini ialah Whitney Thompson yang berasal daripada Atlantic Beach, Florida yang memecah rekod apabila menjadi peserta "full figured" yang pertama memenangi rancangan ini.

America's Next Top Model, Musim 10

Mengikuti Musim 9
Negara asal  Amerika Syarikat
Penerbit eksekutif Tyra Banks
Ken Mok
Daniel Soiseth
Diikuti oleh Musim 11
Tempoh siaran 60 minit
Siaran asal 20 Februari 2008 – 14 Mei 2008
Pencipta Tyra Banks
Format Realiti
Bilangan episod 13
Saluran asal The CW
Dibangunkan oleh Ken Mok
Kenya Barris